Monday 15 July 2013

Forum Di Ambang Ramadan 1434H

Alhamdulillah, JAKSA dengan kerjasama SMK Asyakirin telah berjaya mengadakan Forum di ambang Ramadan pada 18hb Julai 2013 bertempat di surau sekolah SMK Asyakirin. Forum yang diadakan bertujuan untuk memberi peringatan dan pendedahan mengenai persiapan umat Islam menyambut bulan yang penuh barakah.
Forum ini dihadiri oleh 130 orang pelajar dan guru dari semua menengah di bahagian Bintulu. Panel-panel hebat yang membarisi forum antaranya:

  1. Ust Mahdi bin Lamit (moderator)
  2. Ust Aftahnizam bin Tumiran (panel 1)
  3. Ust Zainul Pakri (panel 2)
  4. Puan Wan Juliana (panel 3)
"Bulan Ramadan itulah bulan yang diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu sehingga menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Maka barang siapa antara kamu melihat bulan itu hendaklah ia berpuasa."- Surah Al-Baqarah, ayat 185





Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


Ahlan wa sahlan ya ramadan.. 

Firman Allah yang bermaksud: Wahai Orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah Al-Baqarah: 183)

Pihak JAKSA mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan berpuasa. Semoga Ramadan kali ini mentarbiah diri supaya lebih bertaqwa kepada sang pencipta.

Sempena Ramadan 1434H, JAKSA akan menganjurkan aktiviti seperti berikut:

Þ Forum di Ambang Ramadan
       - 8 Julai (29 Syaaban)
Þ Ziarah Dakwah:

Siri 1: Kg. Kuala Tatau
      - 7 Julai (28 Syaaban)

      Siri 2: Kg. Labang, Sebauh/ Kg. Ulu Segan
      - 14 Julai (5 Ramadan)

      Siri 3: Kg. Sg. Plan, Bintulu
      - 21 Julai  (12 Ramadan)

      Siri 4: 
Kg Batu 12
      - 28 Julai  (19 Ramadan)


Þ Eidul Ilmi
- 21 Julai (12 Ramadan)

Þ Gotong-Royong Bubur Lambuk, di Surau Sg Plan
     - 21 Julai (12 Ramadan)

Þ Tadarus/Majlis Khatam AQ
Perdana
di IKM, Bintulu
    - 27 Julai (18 Ramadan)
       
Þ Iftar Jamaie di Surau Kg. Jabai
    - 25 Julai (16 Ramadan)

Þ Majlis Penyampaian Sumbangan di Masjid Darul Hidayah
    - 27 Julai (18 Ramadan)


" Jom Cakna Ummah"

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review