Sejarah Penubuhan

Pada 18 April 2008, bertempat di Bilik Runding Cara, Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Bintulu, Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan Bahagian Bintulu, Encik Abdul Mu’in bin Haji Abdul Kassim telah mempengerusikan Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Isu-Isu Pelajar Di Bahagian Bintulu. Ahli Mesyuarat telah memutuskan agar sebuah jawatankuasa untuk menangani permasalahan sahsiah dan akademik di kalangan pelajar muslim di Bahagian Bintulu perlu disegerakan penubuhannya.
Oleh itu, wakil pendidik dari sekolah rendah dan sekolah menengah di Bahagian Bintulu, wakil dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, wakil dari Jabatan Agama Islam Bahagian Bintulu dan beberapa agensi Pertubuhan Islam di Bintulu serta wakil ahli masyarakat yang prihatin telah dijemput ke arah penubuhan sebuah jawatankuasa bertindak untuk melaksanakan agenda yang dinyatakan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review