Program ceramah Isra dan Mikraj untuk para guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Daerah Bintulu ini, adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Aktiviti-Aktiviti Islam Bahagian Bintulu (JTAIB) dengan kerjasama JKI Bintulu Port Sdn. Bhd. bersempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W bagi tahun 1433H / 2012 M.
Program ceramah Isra' dan Miraj yang bertajuk " Menuju Allah" tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu dari jam 10 Pagi sehingga jam 12 Tengah hari. Penyertaan para guru dan kakitangan Islam bagi program tersebut amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 175 orang termasuk AJK JAKSA sebagai pelaksana program. Jumlah tersebut lebih dari jangkaan awal yang dianggrakan seramai 150 penyertaan. Ini menandakan para guru juga menginginkan program-program keagamaan seperti ini dilaksanakan untuk menambah pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan Islam.