Tuesday 14 August 2012

Majlis Khatam AQ di SMK Bandar

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah merupakan petunjuk dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Israk ayat 9 yang bermaksud :
Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.
Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijrah ini, bulan turunnya Al-Quran di dalamnya, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam Bintulu melalui program Ihya Ramadhan 1433H telah mengadakan Majlis Khatam AQ di SMK Bandar Bintulu pada 11hb Ogos 2012.

Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa. Seterusnya disampaikan tazkirah ringkas bertajuk Nuzul AQ: Ibrah dan hikmahnya. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hafiz bin Jabli yang menjadi khalifah majlis kali ini dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta-peserta dari 7 buah sekolah menengah kebangsaan di bahagian Bintulu
Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Mahdi bin Lamit selaku Pengerusi JAKSA dan dirasmikan oleh En Yusuf bin Piee, Ketua Unit Pendidikan Islam sebagai wakil dari PPD Bintulu. dalam ucapan beliau menekankan kepada kelebihan dan mukjizat yang ada pada al-Quran. beramal dengan al-Quran suatu kepastian bagi setiap manusia yang bergelar muslim.

Sebagai penghargaan, penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar dari setiap sekolah yang menyertai program dan diakhiri dengan penyampaian cederamata dari SMK Bandar kepada perasmi. Majlis berakhir pada jam 11 pagi.

Semoga program ini menjadi pencetus kepada semua pelajar ke arah membudayakan al-Quran untuk kehidupan yang sempurna. Semoga Allah merahmati semua yang memartabatkan al-Quran


Friday 27 July 2012

Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu


Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu


Ahad 22 Julai 2012, Bintulu Iqra Centre (BIC) dengan kerjasama MLNG Bintulu dan JAKSA PPD Bintulu telah mengadakan program ziarah dan dakwah di Kg Batu 12, Bintulu.  Para sukarelawan berkumpul di Masjid Assyakirin pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri 5 buah kereta (36 orang sukarelawan) bersama Pelajar Madrasah al-Quran. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Batu 12, dikumpulkan para sukarelawan untuk diberi taklimat ringkas penjalanan dan bertaaruf sesama sukarelawan. Perjalanan mengambil masa setengah jam kami tiba di sana jam 9.15 pagi dengan disambut oleh En. Sabil sebagai ketua masyarakat. Setiba di Kg Batu 12, majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis (Ust Zunaidi), Ucapan wakil ketua kampung (En Sabil), pengerusi BIC dan ucapan motivasi daripada penasihat JAKSA(Cg. Yusuf Piee). Kemudian majlis diisi dengan satu tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ust Lokman. Pemberian sumbangan diagihkan dengan pengerusi majlis menjemput penerima untuk mengambil sumabangan. Majlis berakhir dengan semua berkenalan sesama sukarelawan dan penduduk kampung


PENGLIBATAN:
Penerima sumbangan: 38 orang mengikut kategori
                                           
Sukarelawan:
Kehadiran: 37 orang



Selamat beramal di bulan yang mulia....


Saturday 21 July 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012
Oleh: Ust. Mahdi Lamit


Pada Jumaat, 20 Julai 2012, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik (JAKSA), Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu, telah menganjurkan Satu Program Ihya’ Ramadhan yang telahpun diadakan di SMK Bintulu bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Program tersebut merupakan program pembukaan JAKSA, bagi program bulan Ramadhan untuk tahun 2012/ 1433H ini. Didalam program tersebut telah diadakan FORUM IHYA’ RAMADHAN 1433H. Ahli panel terdiri dari Ust. Ahmad Lotfi , Ust. Aftahnizam, Ust. Zainol Pakri dan Ust. Mahdi Lamit sebagai Moderator. Forum yang dihadiri lebih dari 200 orang pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu ini telah mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan ilmu pengetahuan sebagai persediaan berkaitan dengan Ibadah Puasa Ramadhan.

Thursday 19 July 2012

Marhaban ya Ramadhan 1433H / 2012M

Assalamualaikum, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah mengisytiharkan  umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mulai hari Sabtu ( Esok ) pada 21 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H . Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah SWT memberikan keampunan dan kesejahteraan berpanjangan. Bulan Ramadhan menjanjikan kemenangan kepada setiap orang beriman kerana di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keampunan dan kemuliaan melebihi seribu bulan. Keistimewaan Ramadhan kerana Allah SWT  menurunkan Al Quran sebagai Furqan (pembeza) bagi  membezakan antara haq dan bathil sebagai neraca kehidupan. Orang yang benar benar berpuasa dijamin Allah dengan balasan syurga penuh dengan kenikmatan.

Selamat berpuasa .






 

Monday 18 June 2012

Program Ceramah Isra' dan Mikraj sempena Aktiviti Sambutan Hari Guru 2012

16Jun 2012 - Telah diadakan salah satu program keagamaan khas untuk para guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Dareah Bintulu bersempena dengan aktiviti Sambutan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu tahun 2012 M.

Program ceramah Isra dan Mikraj untuk para guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Daerah Bintulu ini, adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Aktiviti-Aktiviti Islam Bahagian Bintulu (JTAIB) dengan kerjasama JKI Bintulu Port Sdn. Bhd. bersempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W bagi tahun 1433H / 2012 M.

Program ceramah Isra' dan Miraj yang bertajuk " Menuju Allah" tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu dari jam 10 Pagi sehingga jam 12 Tengah hari. Penyertaan para guru dan kakitangan Islam bagi program tersebut amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 175 orang termasuk AJK JAKSA sebagai pelaksana program. Jumlah tersebut lebih dari jangkaan awal yang dianggrakan seramai 150 penyertaan. Ini menandakan para guru juga menginginkan program-program keagamaan seperti ini dilaksanakan untuk menambah pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan Islam.

Tuesday 15 May 2012

16 MEI: Guru antara pewaris Nabi


Kerjaya guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu berkaitan agama. Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan, memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau ukhrawi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW membuktikan betapa pentingnya peranan guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam. Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda SAW sendiri mengajar dan mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah (Allah SWT) yang telah mengutuskan daripada kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah dalam keadaan sesat yang nyata." (Surah al-Jumu'ah, ayat 2).

Selain itu, Baginda juga mengambil inisiatif contoh dengan menghantar Mus'ab ibn 'Umair ke bumi Yathrib (Madinah) dengan tujuan mengajar al-Quran dan ilmu asas berkaitan Islam kepada masyarakat Arab yang baru memeluk Islam. Secara tidak langsung, Rasulullah SAW turut menggesa umatnya menjadi pendidik menerusi sabdanya yang bermaksud: "Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat." (Hadis riwayat Bukhari). Saidina Ali r.a. pula pernah berkata: "Jadilah orang yang mencurahkan ilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang suka mendengar ilmu, atau orang yang cintakan ilmu, dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, maka kamu akan binasa."

Ulamak menggariskan beberapa adab yang perlu diikuti bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Imam Ghazali r.h. menyebut di dalam kitabnya, Ihya 'Ulum id-Din yang bermaksud: "Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya yang datang dari dirinya (penuntut)."

Dewasa ini, pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat guru cuba direndahkan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Memang ada segelintir guru yang membuat onar tetapi sebahagian besar menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan baik.

Justeru, sempena sambutan Hari Guru yang disambut Ahad lalu, kita perlu kembali mengenang jasa guru yang banyak membantu agama, bangsa dan negara. Hal ini bertepatan dengan saranan Baginda SAW yang mengajar umatnya agar sentiasa ringan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada sesiapa saja yang berbakti kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah berterima kasih kepada Allah SWT sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia." (Hadis riwayat Bukhari).

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).

Sunday 29 April 2012

Bengkel Traning of Trainer (TOT) 2012

Alhamdulillah pada 20hb April yang lepas, Unit Ribat JAKSA telah mengadakan Bengkel Traning of Trainer (TOT) 2012, program ini diadakan bagi menbincangkan halatuju pembawakan program Ribat di peringkat sekolah menengah masing. program ini telah dihadiri oleh semua wakil Ketua Panitia dan guru pembimbing sekolah-sekolah menengah bahagian Bintulu.
               Tepat jam 2.15 petang, majlis dimulakan dengan kata aluan dari mengerusi majlis Ustaz Mohd Faez dan majlis menjemput En Tan Kiang Tuang (Pengawai Pelajaran Daerag Bintulu) untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan program bengkel TOT dengan jayanya dan mengucapkan syabas diatas usaha pihak jawatankuasa Ribat yang menjayakan program pada petang itu.
               Kemudian diteruskan lagi TOT dengan taklimat penyelarasan dan  slot berbincangan Ribat oleh Ustaz Mohd Aftahnizam. Beliau telah menjernihkan lagi program Ribat pada tahun ini dan mengharapkan semua sekolah menengah menjalankan program Ribat dengan matlamat yang sama.
               Alhamdulillah pelbagai aktiviti telah dirancang hasil perbincangan dan perkongsian dari setiap sekolah dan mendapat persetujuan semua. Perbincangan berakhir pada jam 5 petang dan dijamukan dengan jamuan ringan kepada wakil-wakil sekolah yang hadir.






              

Monday 16 April 2012

SEMINAR IBU BAPA CEMERLANG 2012

Anda ibu/ bapa/ guru/ datuk/ nenek yang stres?
Anda bakal berumah tangga? Bakal menjadi ibu/ bapa? 
Keliru untuk berhadapan dengan anak remaja?
Tak pasti bila anak perlu mula belajar?
Tertekan dengan anak yang degil dan malas?
JOM sertai....


SEMINAR IBU BAPA CEMERLANG 2012
5 Mei 2012 bertempat di Auditorium BDA, Wisma Bintulu

Saturday 18 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


"KESEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"


“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atas nya ( turunkan rahmat keatasnya) 10 kali” – (hadis soheh)

JAKSA 2012@Program terkini

Jumaat, 10 Feb 2012 - Satu mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademi (JAKSA) telah berlansung dengan jayanya bertempat di Pusat Sumber SK Asyakirin, Bintulu. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan berakhir dengan perbentangan perancangan kerja JAKSA tahun 2012. Sebelum dibentangkan perancangan kerja JAKSA 2012, telah dibentangkan laporan perancangan JAKSA 2011 oleh saudara Nik Mohd Lizam selaku Setiausaha JAKSA. Laporan ini telah menunjukkan perancangan JAKSA 2011 berjalan dengan jayanya dengan pelbagai program/aktiviti telah dijalankan untuk kecemerlangan pelajar dan komuniti di peringkat bahagian Bintulu. Laporan ini telah diperbahaskan pada program kecemerlangan untuk ditingkatkan keberkesanan pada tahun ini. Kemudian, diteruskan dengan perbentangn dari Ustazah Maryati selaku Bendahari JAKSA.

                 Mesyuarat diteruskan dengan berbentangan perancangan JAKSA 2012, dan pelbagai program/aktiviti telah dirancang untuk kecemerlangan komuniti bahagian Bintulu. Dengan kehadiran 15 orang ahli jawatankuasa telah menjana pelbagai idea untuk perbaikan program pada tahun ini. Mesyuarat kali ini berakhir pada jam 5.00 petang, dan mengharapkan perancangan yang dirancang berjalan dengan baik. InyAllah.


Program yang akan dilaksanakan:
  • Program Mengapai Bintang 1
    (Ceramah Maulidur Rasul dan motivasi pelajar Islam)Kem Kemanisan Iman sekolah rendah dan menengah
  • Traning od Trainer (TOT) kepada pemimpin R.I.B.A.T
  • Qiyadah Training Course (QTC 2012)
  • Program Mengapai Bintang 1(Ceramah/Motivasi pelajar Islam)
    (Anugerah Tokoh Pelajar Mithali peringkat Bintulu)
  • Program pertemuan ahli R.I.B.A.T di setiap sekolah menengah
  • Seminar Keibubapaan Cemerlang
  • Ihya' Ramadhan 1433H
  • Program Hari Kebesaran Islam diperingkat komuniti


Ahli Jawatankuasa kerja JAKSA  2012

Pengerusi                          Mahdi Bin Lamit ( SK Bintulu )
Timbalan Pengerusi           Ibrahim Bin Mat Isa ( SK Orang Kaya Mohamad )
Setiausaha                        Nik Mohd Lizam Bin Nik Yahya (SMK Kemena )
Timb. Setiausaha              Asma’ Binti Abdul Rahim ( SM Vokasional Bintulu )
Bendahari                        Maryati Binti Mokhtar ( SK Jepak )
Timb . Bendahari             Sofiah Zarith Binti Idris ( SMK Kemena )
HEWA                            Juraidah Binti Suhai  ( SMK Bintulu )
                                       Junaida Binti Rogikin ( SMK Bandar Bintulu )
                                       Dayang  Komasita Binti Awang Othman  ( SK Bintulu )
                                                               
Unit  Penyelarasan Program
Sekolah Menengah                           :               Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum PI ( SM )       
Sekolah Rendah                               :               Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum PI ( SK )
                                                                                                                                     
Unit Latihan dan Kepimpinan          :                 Mohd Aftahnizam Bin Tumiran  ( SMK Kidurong )
                                                                        Wan Juliana Binti Wan Mohd Zain ( SMK Kidurong)
                                                                        Ahmad Asyraf  Bin Md  Harun( SK Tanjung Batu )
                                                                        Hamidah Binti Mahmud ( SK Orang Kaya Mohamad )

 Unit   Penilaian Program                :                  Mohd Sardi Bin Ismail ( SK Tanjung Batu )
                                                                        Hayati Binti Jemiron ( SMK Bandar Bintulu )
                                                                        Mohd Hafiz Bin Jabli ( SMK Asyakirin )
                                                                        Mardhiyah Binti Saidi ( SMK Asyakirin )
  
Unit Komuniti                                  :                Romika Bin Rajeli ( SMK Kemena )
                                                                        Ahmad Lotfi Bin Mat Sharif ( SJK Sebiew Chinese )
                                                                        Mohd Lutfi @Let Bin Upit ( SK Tanjung Batu )
                                                    
Unit Dokumentasi                           :                 Mohd Hafizs Bin Idris ( SMK Asyakirin )
            Fadzliana Binti Wahab ( SM Vokasional Bintulu )

Unit  ICT                                          :               Mohd Faez Bin Mat Zin (SMK Bandar Bintulu )
                                                                        Mohd Shafie  Bin Razali (SK St Anthony )
                                                                        Mohamad Solahhudin Bin  Haji  Abu Bakar ( SK KN )
                                                                               
R.I.B.A.T                                          :              Zulkifli Bin Yusuf ( SMK Tatau )
                                    Hanim Hartini Binti Mohamad ( SMK Bintulu )

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review