Friday 27 July 2012

Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu


Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu


Ahad 22 Julai 2012, Bintulu Iqra Centre (BIC) dengan kerjasama MLNG Bintulu dan JAKSA PPD Bintulu telah mengadakan program ziarah dan dakwah di Kg Batu 12, Bintulu.  Para sukarelawan berkumpul di Masjid Assyakirin pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri 5 buah kereta (36 orang sukarelawan) bersama Pelajar Madrasah al-Quran. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Batu 12, dikumpulkan para sukarelawan untuk diberi taklimat ringkas penjalanan dan bertaaruf sesama sukarelawan. Perjalanan mengambil masa setengah jam kami tiba di sana jam 9.15 pagi dengan disambut oleh En. Sabil sebagai ketua masyarakat. Setiba di Kg Batu 12, majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis (Ust Zunaidi), Ucapan wakil ketua kampung (En Sabil), pengerusi BIC dan ucapan motivasi daripada penasihat JAKSA(Cg. Yusuf Piee). Kemudian majlis diisi dengan satu tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ust Lokman. Pemberian sumbangan diagihkan dengan pengerusi majlis menjemput penerima untuk mengambil sumabangan. Majlis berakhir dengan semua berkenalan sesama sukarelawan dan penduduk kampung


PENGLIBATAN:
Penerima sumbangan: 38 orang mengikut kategori
                                           
Sukarelawan:
Kehadiran: 37 orang



Selamat beramal di bulan yang mulia....


Saturday 21 July 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012
Oleh: Ust. Mahdi Lamit


Pada Jumaat, 20 Julai 2012, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik (JAKSA), Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu, telah menganjurkan Satu Program Ihya’ Ramadhan yang telahpun diadakan di SMK Bintulu bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Program tersebut merupakan program pembukaan JAKSA, bagi program bulan Ramadhan untuk tahun 2012/ 1433H ini. Didalam program tersebut telah diadakan FORUM IHYA’ RAMADHAN 1433H. Ahli panel terdiri dari Ust. Ahmad Lotfi , Ust. Aftahnizam, Ust. Zainol Pakri dan Ust. Mahdi Lamit sebagai Moderator. Forum yang dihadiri lebih dari 200 orang pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu ini telah mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan ilmu pengetahuan sebagai persediaan berkaitan dengan Ibadah Puasa Ramadhan.

Thursday 19 July 2012

Marhaban ya Ramadhan 1433H / 2012M

Assalamualaikum, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah mengisytiharkan  umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mulai hari Sabtu ( Esok ) pada 21 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H . Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah SWT memberikan keampunan dan kesejahteraan berpanjangan. Bulan Ramadhan menjanjikan kemenangan kepada setiap orang beriman kerana di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keampunan dan kemuliaan melebihi seribu bulan. Keistimewaan Ramadhan kerana Allah SWT  menurunkan Al Quran sebagai Furqan (pembeza) bagi  membezakan antara haq dan bathil sebagai neraca kehidupan. Orang yang benar benar berpuasa dijamin Allah dengan balasan syurga penuh dengan kenikmatan.

Selamat berpuasa .






 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review