Alhamdulillah pada 20hb April yang lepas, Unit Ribat JAKSA telah mengadakan Bengkel Traning of Trainer (TOT) 2012, program ini diadakan bagi menbincangkan halatuju pembawakan program Ribat di peringkat sekolah menengah masing. program ini telah dihadiri oleh semua wakil Ketua Panitia dan guru pembimbing sekolah-sekolah menengah bahagian Bintulu.
Tepat jam 2.15 petang, majlis dimulakan dengan kata aluan dari mengerusi majlis Ustaz Mohd Faez dan majlis menjemput En Tan Kiang Tuang (Pengawai Pelajaran Daerag Bintulu) untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan program bengkel TOT dengan jayanya dan mengucapkan syabas diatas usaha pihak jawatankuasa Ribat yang menjayakan program pada petang itu.
Kemudian diteruskan lagi TOT dengan taklimat penyelarasan dan slot berbincangan Ribat oleh Ustaz Mohd Aftahnizam. Beliau telah menjernihkan lagi program Ribat pada tahun ini dan mengharapkan semua sekolah menengah menjalankan program Ribat dengan matlamat yang sama.
Alhamdulillah pelbagai aktiviti telah dirancang hasil perbincangan dan perkongsian dari setiap sekolah dan mendapat persetujuan semua. Perbincangan berakhir pada jam 5 petang dan dijamukan dengan jamuan ringan kepada wakil-wakil sekolah yang hadir.
0 comments:
Post a Comment