16Jun 2012 - Telah diadakan salah satu program keagamaan khas untuk para
guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Dareah Bintulu bersempena
dengan aktiviti Sambutan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu tahun
2012 M.
Program ceramah Isra dan Mikraj untuk para guru dan
kakitangan Islam sekolah-sekolah di Daerah Bintulu ini, adalah anjuran
Jawatankuasa Tetap Aktiviti-Aktiviti Islam Bahagian Bintulu (JTAIB)
dengan kerjasama JKI Bintulu Port Sdn. Bhd. bersempena memperingati
peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W bagi tahun 1433H / 2012 M.
Program ceramah Isra' dan Miraj yang bertajuk " Menuju Allah" tersebut
telah diadakan di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu dari jam 10 Pagi
sehingga jam 12 Tengah hari. Penyertaan para guru dan kakitangan Islam
bagi program tersebut amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai
175 orang termasuk AJK JAKSA sebagai pelaksana program. Jumlah tersebut
lebih dari jangkaan awal yang dianggrakan seramai 150 penyertaan. Ini
menandakan para guru juga menginginkan program-program keagamaan seperti
ini dilaksanakan untuk menambah pemahaman dan pengetahuan berkaitan
dengan Islam.
Akhirnya, diharapkan program ini dapat diteruskan
lagi pada masa akan datang supaya ia dapat membantu meningkatkan
kefahaman diri dan juga sekaligus menghayati sirah perjalanan junjungan
besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Pihak JAKSA mengucapkan jazakallah
hukhairan jaza’ kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung
untuk menjayakan program pada kali ini. Semoga Allah memberi ganjaran
atas usaha yang baik ini.
Berikut beberapa gambar-gambar sempena program Ceramah Isra' dan Mikraj sempena aktiviti Sambutan Hari Guru 2012.
0 comments:
Post a Comment