
Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu
Ahad 22 Julai 2012, Bintulu Iqra Centre (BIC) dengan kerjasama MLNG Bintulu dan JAKSA PPD Bintulu telah
mengadakan program ziarah dan dakwah di Kg Batu 12, Bintulu. Para sukarelawan berkumpul di Masjid
Assyakirin pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri 5 buah kereta (36 orang
sukarelawan) bersama Pelajar Madrasah al-Quran. Sebelum meneruskan perjalanan
ke Kg Batu 12, dikumpulkan para sukarelawan untuk diberi taklimat ringkas
penjalanan dan bertaaruf sesama sukarelawan. Perjalanan mengambil masa setengah
jam kami tiba di sana jam 9.15 pagi dengan disambut oleh En. Sabil sebagai
ketua masyarakat. Setiba di Kg Batu 12, majlis dimulakan dengan ucapan
pengerusi majlis (Ust Zunaidi), Ucapan wakil...