Saturday 21 July 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012
Oleh: Ust. Mahdi Lamit


Pada Jumaat, 20 Julai 2012, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik (JAKSA), Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu, telah menganjurkan Satu Program Ihya’ Ramadhan yang telahpun diadakan di SMK Bintulu bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Program tersebut merupakan program pembukaan JAKSA, bagi program bulan Ramadhan untuk tahun 2012/ 1433H ini. Didalam program tersebut telah diadakan FORUM IHYA’ RAMADHAN 1433H. Ahli panel terdiri dari Ust. Ahmad Lotfi , Ust. Aftahnizam, Ust. Zainol Pakri dan Ust. Mahdi Lamit sebagai Moderator. Forum yang dihadiri lebih dari 200 orang pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu ini telah mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan ilmu pengetahuan sebagai persediaan berkaitan dengan Ibadah Puasa Ramadhan.

Setelah berakhirnya Forum, program diteruskan dengan PENYAMPAIAN WATIKAH KEPADA PENTAZKIRAH RAMADHAN 1433H oleh Ketua Unit Pendidikan Islam (UPI) iaitu En. Yusuf Bin Piee. Para pentazkirah ini dilantik dari kalangan guru agama (Ustaz) dari sekolah-sekolah menengah dan rendah sekitar Bahagian Bintulu. Mereka ini akan menyampaikan tazkirah mengikut jadual yang telah ditetapkan disekolah-sekolah di sekitar Bahagian Bintulu.

Program yang telah diselenggarakan oleh tiga buah sekolah ini, iaitu SMK. Bintulu (AJK Penyediaan Tempat), SMK Kemena (AJK Pelantikan Pentazkirah & Forum) dan SMK Baru Bintulu (AJK Sijil & Hadiah) telah mampu dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai sasaran yang diinginkan. Dikesempatan tersebut juga En. Yusuf Bin Pie (Ketua UPI) secara tidak langsung merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Bintulu, semua Ketua Panitia, dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas kerjasama, komitmen dan sokongan yang telah diberikan bagi menjayakan program tersebut.

Berikut beberapa gambar-gambar sempena program forum Ihya' Ramadhan & Penyampaian Watikah Pentazkirah Ramadhan Tahun 2012 bertempat di SMK Bintulu.


PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN 1433 H  / 2012 M























PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN  1433H  /  2012 M

 
























0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review