Tuesday 14 August 2012

Majlis Khatam AQ di SMK Bandar

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah merupakan petunjuk dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Israk ayat 9 yang bermaksud :
Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.
Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijrah ini, bulan turunnya Al-Quran di dalamnya, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam Bintulu melalui program Ihya Ramadhan 1433H telah mengadakan Majlis Khatam AQ di SMK Bandar Bintulu pada 11hb Ogos 2012.

Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa. Seterusnya disampaikan tazkirah ringkas bertajuk Nuzul AQ: Ibrah dan hikmahnya. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hafiz bin Jabli yang menjadi khalifah majlis kali ini dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta-peserta dari 7 buah sekolah menengah kebangsaan di bahagian Bintulu
Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Mahdi bin Lamit selaku Pengerusi JAKSA dan dirasmikan oleh En Yusuf bin Piee, Ketua Unit Pendidikan Islam sebagai wakil dari PPD Bintulu. dalam ucapan beliau menekankan kepada kelebihan dan mukjizat yang ada pada al-Quran. beramal dengan al-Quran suatu kepastian bagi setiap manusia yang bergelar muslim.

Sebagai penghargaan, penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar dari setiap sekolah yang menyertai program dan diakhiri dengan penyampaian cederamata dari SMK Bandar kepada perasmi. Majlis berakhir pada jam 11 pagi.

Semoga program ini menjadi pencetus kepada semua pelajar ke arah membudayakan al-Quran untuk kehidupan yang sempurna. Semoga Allah merahmati semua yang memartabatkan al-Quran


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review