Monday, 15 July 2013

Forum Di Ambang Ramadan 1434H

Alhamdulillah, JAKSA dengan kerjasama SMK Asyakirin telah berjaya mengadakan Forum di ambang Ramadan pada 18hb Julai 2013 bertempat di surau sekolah SMK Asyakirin. Forum yang diadakan bertujuan untuk memberi peringatan dan pendedahan mengenai persiapan umat Islam menyambut bulan yang penuh barakah. Forum ini dihadiri oleh 130 orang pelajar dan guru dari semua menengah di bahagian Bintulu. Panel-panel hebat yang membarisi forum antaranya: Ust Mahdi bin Lamit (moderator) Ust Aftahnizam bin Tumiran (panel 1) Ust Zainul Pakri (panel 2) Puan Wan Juliana (panel 3) "Bulan Ramadan itulah bulan yang diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu sehingga menjelaskan perbezaan antara yang...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Ahlan wa sahlan ya ramadan..  Firman Allah yang bermaksud: Wahai Orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah Al-Baqarah: 183) Pihak JAKSA mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan berpuasa. Semoga Ramadan kali ini mentarbiah diri supaya lebih bertaqwa kepada sang pencipta. Sempena Ramadan 1434H, JAKSA akan menganjurkan aktiviti seperti berikut: Þ Forum di Ambang Ramadan        - 8 Julai (29 Syaaban) Þ Ziarah Dakwah: Siri 1: Kg. Kuala Tatau       - 7 Julai (28 Syaaban)       Siri 2:...

Tuesday, 14 August 2012

Majlis Khatam AQ di SMK Bandar

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah merupakan petunjuk dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Israk ayat 9 yang bermaksud : “Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “. Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijrah ini, bulan turunnya Al-Quran di dalamnya, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam Bintulu melalui program Ihya Ramadhan 1433H telah mengadakan Majlis Khatam AQ di SMK Bandar Bintulu pada 11hb Ogos 2012. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa. Seterusnya disampaikan tazkirah ringkas bertajuk Nuzul AQ: Ibrah dan hikmahnya. Tazkirah disampaikan...

Friday, 27 July 2012

Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu

Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu Ahad 22 Julai 2012, Bintulu Iqra Centre (BIC) dengan kerjasama MLNG Bintulu dan JAKSA PPD Bintulu telah mengadakan program ziarah dan dakwah di Kg Batu 12, Bintulu.  Para sukarelawan berkumpul di Masjid Assyakirin pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri 5 buah kereta (36 orang sukarelawan) bersama Pelajar Madrasah al-Quran. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Batu 12, dikumpulkan para sukarelawan untuk diberi taklimat ringkas penjalanan dan bertaaruf sesama sukarelawan. Perjalanan mengambil masa setengah jam kami tiba di sana jam 9.15 pagi dengan disambut oleh En. Sabil sebagai ketua masyarakat. Setiba di Kg Batu 12, majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis (Ust Zunaidi), Ucapan wakil...

Saturday, 21 July 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012

PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012 Oleh: Ust. Mahdi Lamit Pada Jumaat, 20 Julai 2012, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik (JAKSA), Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu, telah menganjurkan Satu Program Ihya’ Ramadhan yang telahpun diadakan di SMK Bintulu bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Program tersebut merupakan program pembukaan JAKSA, bagi program bulan Ramadhan untuk tahun 2012/ 1433H ini. Didalam program tersebut telah diadakan FORUM IHYA’ RAMADHAN 1433H. Ahli panel terdiri dari Ust. Ahmad Lotfi , Ust. Aftahnizam, Ust. Zainol Pakri dan Ust. Mahdi Lamit sebagai Moderator. Forum yang dihadiri lebih dari 200 orang pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu...

Thursday, 19 July 2012

Marhaban ya Ramadhan 1433H / 2012M

Assalamualaikum, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah mengisytiharkan  umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mulai hari Sabtu ( Esok ) pada 21 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H . Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah SWT memberikan keampunan dan kesejahteraan berpanjangan. Bulan Ramadhan menjanjikan kemenangan kepada setiap orang beriman kerana di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keampunan dan kemuliaan melebihi seribu bulan. Keistimewaan Ramadhan kerana Allah SWT  menurunkan Al Quran sebagai Furqan (pembeza) bagi  membezakan antara haq dan bathil sebagai neraca kehidupan. Orang yang benar benar berpuasa dijamin Allah dengan balasan syurga penuh dengan kenikmatan. Selamat berpuasa .  ...

Monday, 18 June 2012

Program Ceramah Isra' dan Mikraj sempena Aktiviti Sambutan Hari Guru 2012

16Jun 2012 - Telah diadakan salah satu program keagamaan khas untuk para guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Dareah Bintulu bersempena dengan aktiviti Sambutan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu tahun 2012 M. Program ceramah Isra dan Mikraj untuk para guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Daerah Bintulu ini, adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Aktiviti-Aktiviti Islam Bahagian Bintulu (JTAIB) dengan kerjasama JKI Bintulu Port Sdn. Bhd. bersempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W bagi tahun 1433H / 2012 M. Program ceramah Isra' dan Miraj yang bertajuk " Menuju Allah" tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu dari jam 10 Pagi sehingga jam 12 Tengah hari. Penyertaan para guru dan kakitangan Islam bagi program tersebut amat memberangsangkan...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review