This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Tuesday, 14 August 2012
Majlis Khatam AQ di SMK Bandar
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah
merupakan petunjuk dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat. Inilah yang
dijanjikan Allah dalam surah Al-Israk ayat 9 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Quran ini
memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.
Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak
1433 Hijrah ini, bulan turunnya Al-Quran di dalamnya, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan
Sahsiah Dan Akademik (JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam
Bintulu melalui program Ihya Ramadhan 1433H telah mengadakan Majlis Khatam AQ di SMK Bandar Bintulu pada 11hb Ogos 2012.
Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa. Seterusnya disampaikan tazkirah ringkas bertajuk Nuzul AQ: Ibrah dan hikmahnya. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hafiz bin Jabli yang menjadi khalifah majlis kali ini dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta-peserta dari 7 buah sekolah menengah kebangsaan di bahagian Bintulu
Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Mahdi bin Lamit selaku Pengerusi JAKSA dan dirasmikan oleh En Yusuf bin Piee, Ketua Unit Pendidikan Islam sebagai wakil dari PPD Bintulu. dalam ucapan beliau menekankan kepada kelebihan dan mukjizat yang ada pada al-Quran. beramal dengan al-Quran suatu kepastian bagi setiap manusia yang bergelar muslim.
Sebagai penghargaan, penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar dari setiap sekolah yang menyertai program dan diakhiri dengan penyampaian cederamata dari SMK Bandar kepada perasmi. Majlis berakhir pada jam 11 pagi.
Semoga program ini menjadi pencetus kepada semua pelajar ke arah membudayakan al-Quran untuk kehidupan yang sempurna. Semoga Allah merahmati semua yang memartabatkan al-Quran
Friday, 27 July 2012
Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu
Ziarah & Dakwah D' Kg Batu 12, Bintulu
Ahad 22 Julai 2012, Bintulu Iqra Centre (BIC) dengan kerjasama MLNG Bintulu dan JAKSA PPD Bintulu telah
mengadakan program ziarah dan dakwah di Kg Batu 12, Bintulu. Para sukarelawan berkumpul di Masjid
Assyakirin pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri 5 buah kereta (36 orang
sukarelawan) bersama Pelajar Madrasah al-Quran. Sebelum meneruskan perjalanan
ke Kg Batu 12, dikumpulkan para sukarelawan untuk diberi taklimat ringkas
penjalanan dan bertaaruf sesama sukarelawan. Perjalanan mengambil masa setengah
jam kami tiba di sana jam 9.15 pagi dengan disambut oleh En. Sabil sebagai
ketua masyarakat. Setiba di Kg Batu 12, majlis dimulakan dengan ucapan
pengerusi majlis (Ust Zunaidi), Ucapan wakil ketua kampung (En Sabil),
pengerusi BIC dan ucapan motivasi daripada penasihat JAKSA(Cg. Yusuf Piee). Kemudian
majlis diisi dengan satu tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ust Lokman.
Pemberian sumbangan diagihkan dengan pengerusi majlis menjemput penerima untuk
mengambil sumabangan. Majlis berakhir dengan semua berkenalan sesama
sukarelawan dan penduduk kampung
PENGLIBATAN:
Penerima sumbangan: 38 orang mengikut kategori
Sukarelawan:
Kehadiran: 37 orang

Selamat beramal di bulan yang mulia....
Saturday, 21 July 2012
PROGRAM FORUM IHYA’ RAMADHAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PENTAZKIRAH RAMADHAN 2012

Oleh: Ust. Mahdi Lamit
Pada Jumaat, 20 Julai 2012, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah &
Akademik (JAKSA), Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) Bintulu, telah menganjurkan Satu Program Ihya’ Ramadhan yang
telahpun diadakan di SMK Bintulu bermula jam 2.30 petang dan berakhir
pada jam 4.30 petang.
Program tersebut merupakan program
pembukaan JAKSA, bagi program bulan Ramadhan untuk tahun 2012/ 1433H
ini. Didalam program tersebut telah diadakan FORUM IHYA’ RAMADHAN 1433H.
Ahli panel terdiri dari Ust. Ahmad Lotfi , Ust. Aftahnizam, Ust. Zainol
Pakri dan Ust. Mahdi Lamit sebagai Moderator. Forum yang dihadiri lebih
dari 200 orang pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu ini telah
mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan ilmu pengetahuan
sebagai persediaan berkaitan dengan Ibadah Puasa Ramadhan.
Thursday, 19 July 2012
Marhaban ya Ramadhan 1433H / 2012M
Assalamualaikum, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah mengisytiharkan
umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mulai hari Sabtu ( Esok ) pada 21
Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H . Selamat menjalani ibadah puasa semoga
Allah SWT memberikan keampunan dan kesejahteraan berpanjangan. Bulan Ramadhan
menjanjikan kemenangan kepada setiap orang beriman kerana di dalamnya penuh
dengan kerahmatan, keampunan dan kemuliaan melebihi seribu bulan. Keistimewaan
Ramadhan kerana Allah SWT menurunkan Al Quran sebagai Furqan (pembeza)
bagi membezakan antara haq dan bathil sebagai neraca kehidupan. Orang
yang benar benar berpuasa dijamin Allah dengan balasan syurga penuh dengan
kenikmatan.
Selamat berpuasa .
Selamat berpuasa .
Monday, 18 June 2012
Program Ceramah Isra' dan Mikraj sempena Aktiviti Sambutan Hari Guru 2012
16Jun 2012 - Telah diadakan salah satu program keagamaan khas untuk para
guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Dareah Bintulu bersempena
dengan aktiviti Sambutan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu tahun
2012 M.
Program ceramah Isra dan Mikraj untuk para guru dan kakitangan Islam sekolah-sekolah di Daerah Bintulu ini, adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Aktiviti-Aktiviti Islam Bahagian Bintulu (JTAIB) dengan kerjasama JKI Bintulu Port Sdn. Bhd. bersempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W bagi tahun 1433H / 2012 M.
Program ceramah Isra' dan Miraj yang bertajuk " Menuju Allah" tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu dari jam 10 Pagi sehingga jam 12 Tengah hari. Penyertaan para guru dan kakitangan Islam bagi program tersebut amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 175 orang termasuk AJK JAKSA sebagai pelaksana program. Jumlah tersebut lebih dari jangkaan awal yang dianggrakan seramai 150 penyertaan. Ini menandakan para guru juga menginginkan program-program keagamaan seperti ini dilaksanakan untuk menambah pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan Islam.

Tuesday, 15 May 2012
16 MEI: Guru antara pewaris Nabi
Kerjaya guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu berkaitan agama. Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan, memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau ukhrawi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW membuktikan betapa pentingnya peranan guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam. Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda SAW sendiri mengajar dan mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah (Allah SWT) yang telah mengutuskan daripada kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah dalam keadaan sesat yang nyata." (Surah al-Jumu'ah, ayat 2).
Selain itu, Baginda juga mengambil inisiatif contoh dengan menghantar Mus'ab ibn 'Umair ke bumi Yathrib (Madinah) dengan tujuan mengajar al-Quran dan ilmu asas berkaitan Islam kepada masyarakat Arab yang baru memeluk Islam. Secara tidak langsung, Rasulullah SAW turut menggesa umatnya menjadi pendidik menerusi sabdanya yang bermaksud: "Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat." (Hadis riwayat Bukhari). Saidina Ali r.a. pula pernah berkata: "Jadilah orang yang mencurahkan ilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang suka mendengar ilmu, atau orang yang cintakan ilmu, dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, maka kamu akan binasa."
Ulamak menggariskan beberapa adab yang perlu diikuti bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Imam Ghazali r.h. menyebut di dalam kitabnya, Ihya 'Ulum id-Din yang bermaksud: "Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya yang datang dari dirinya (penuntut)."
Dewasa ini, pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat guru cuba direndahkan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Memang ada segelintir guru yang membuat onar tetapi sebahagian besar menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan baik.
Justeru, sempena sambutan Hari Guru yang disambut Ahad lalu, kita perlu kembali mengenang jasa guru yang banyak membantu agama, bangsa dan negara. Hal ini bertepatan dengan saranan Baginda SAW yang mengajar umatnya agar sentiasa ringan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada sesiapa saja yang berbakti kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah berterima kasih kepada Allah SWT sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia." (Hadis riwayat Bukhari).
Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).

Sunday, 29 April 2012
Bengkel Traning of Trainer (TOT) 2012
Alhamdulillah pada 20hb April yang lepas, Unit Ribat JAKSA telah mengadakan Bengkel Traning of Trainer (TOT) 2012, program ini diadakan bagi menbincangkan halatuju pembawakan program Ribat di peringkat sekolah menengah masing. program ini telah dihadiri oleh semua wakil Ketua Panitia dan guru pembimbing sekolah-sekolah menengah bahagian Bintulu.
Tepat jam 2.15 petang, majlis dimulakan dengan kata aluan dari mengerusi majlis Ustaz Mohd Faez dan majlis menjemput En Tan Kiang Tuang (Pengawai Pelajaran Daerag Bintulu) untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan program bengkel TOT dengan jayanya dan mengucapkan syabas diatas usaha pihak jawatankuasa Ribat yang menjayakan program pada petang itu.
Kemudian diteruskan lagi TOT dengan taklimat penyelarasan dan slot berbincangan Ribat oleh Ustaz Mohd Aftahnizam. Beliau telah menjernihkan lagi program Ribat pada tahun ini dan mengharapkan semua sekolah menengah menjalankan program Ribat dengan matlamat yang sama.
Alhamdulillah pelbagai aktiviti telah dirancang hasil perbincangan dan perkongsian dari setiap sekolah dan mendapat persetujuan semua. Perbincangan berakhir pada jam 5 petang dan dijamukan dengan jamuan ringan kepada wakil-wakil sekolah yang hadir.

09:23
jaksa